Get your own Digital Clock

Search my Blog

Sunday, April 27, 2014

APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH??


Mungkin ibu lebuh kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahuah kita sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menanyakan kita..

Semasa kecil ibulah sentiasa mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa,sebaik saja ayah pulang kerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menayakan apayang kita laku seharian.
Saat kita sakit deman ayah sering membentak “dah bagitau jgn minum ais” tapi tahukah kamu bahawa ayah begitu risau..

Ketika kita remaja,kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh”.  Sedarkah kita bahawa ayah ingin menjaga kita??? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah dipercayai, ayah melonggarkan peraturannya. Maka kita melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dan rasa sangat risau.

Setelah kita dewasa ayah telah menghantar kita ke sekolah dan kekolej untuk belajar.

Disaat, kita  memerlukan itu-ini untuk keperluan kuliah kita, ayah mengerut dahi tanpa menolak,beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya ayah  adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengmbil kita dari ayah, ayah sangat berhati-hati mengizinkanya.
Dan akhirnya saat ayah melihat kita duduk diatas pelamin bersama pasangannya, ayah tersenyum bahagia.

Apa kita tahu bahawa ayah pergi kebelakang untuk menangis??
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia berdoa “ya Allah, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putera puteriku kecil bersama pasangannya”...

Setelah itu ayah hanya menggu kedatangan cucu-cucu nya yang sekali datang menjengguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat tuntuk menjaga kita.

*mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih saying seorang ayah ataupun redhanya.. saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakkan akan meminta doa seorang ibu.

*sedalam dalam hati ayah,ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.

*answer me,siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian?? Yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian???

Ɩѵӗ U ayah ({})

Status Terakhir Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi

Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil







Allahyarhamah dari Ipoh, Perak meninggal di Hospital KL pada 20 April 2014 jam 8.52 am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer  dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. 
Dan ini ialah status terakhir yang dimuat naik dari facebook miliknya 4 hari sebelum kematiannya.


Sedekahkan lah al-Fatihah.
Wallahu'alam.

10 benda anda mungkin pernah lakukan


Abah, festula.


Rawatan untuk abah,
Setiap 2 minggu abah perlu mendapat rawatan susulan di HRPZII.
Ely,suami dan adik beradik yang lain berkorban masa,tenaga,usaha demi abah tersayang.
Abah perlu hemodialisis setiap 2 minggu di HRPZII. sepanjang abah berada di HRPZII doktor nasihatkan kepada kami sekeluarga adalah lebih baik untuk membuat festula pada abah.
Ini kerana jika selalu membuat hemodialisis (PD) faktor jangkitan kuman adalah lebih mudah dengan keadaan abah begini. Lebih kurang begitulah nasihat doktor.
Ely dan semua adik beradik telah berbincang dan bersetuju untuk membuat sugery festula untuk abah.
Kata putus telah diambil, abang ely yang sulung setuju untuk membuat surgery festula  abah di Pusat perubatan an-nisa kota bharu.
Dengan nasihat ayah saudara (seorang doktor di HRPZII) en.suami ely, Doktor Nik Maizan adalah seorang doktor pakar surgery di  Pusat Perubatan An-Nisa yang teramat arif tentang surgery festula.




Festula di pusat perubatan an-nisa.

Alhamdulillah, abah selamat dalam surgery festula.
Sejujurnya ely berpuas hati dengan layanan,tindakan dan hasil kerja oleh Doktor Nik Maizan dan nurse-nurse di Pusat Perubatan An-Nisa.
Nasihat oleh doktor selepas 1 bulan lebih abah boleh menggunakan festula abah tetapi abah perlu membuat senaman ringan pada tangan untuk festula abah menjadi matang.
Abah juga perlu jaga pemakanan untuk menjaga kesihatan abah.




 Abah, ely & abang ipar


Permulaan 2014

Assalamualaikum,

Permulaan awal tahun 2014 yang amat menyedihkan buat SJJT (Ely) dan keluarga.
14 januari 2014 bersamaan 12 rabiulawal 1435.
Abah telah disyaki menghidapi penyakit buah pinggan,
Pagi hari berkenaan abah pergi ke klinik kesihatan pasir puteh untuk membuat pemeriksaan memandangkan keadaan diri abah yang kurang sihat.
Doktor memberi surat susulan untuk pergi ke Hospital Tengku Anis untuk mendapat rawatan selanjutnya.
Ya Allah, sedih dengar pangilan dr kak na (kakak yang ke-6) bahawa abah ditahan di wad Lelaki di HTA pasir puteh. Sebelum ini abah sihat, abah kuat ely x percaya yang abah sakit.
Sepanjang beberapa hari abah di hospital, kelihatan tubuh abah semakin lemah. Badan abah telah pucat kuning. Doktor telah sahkan bahawa abah telah menghidapi penyakit buah pinggan.
Tetapi ely sedih dengan tindakan HTA yang ambil tindakan sambil lewa.
Abah segera di hantar di HRPZii, tindakan pihak HRPZii amat cepat.
Doktor yang memeriksa abah memberi tindakan yang cepat, selepas abah di periksa dan abah di beri nasihat abah di kehendaki membuat hemodialisis (PD).
Perut abah perlu di tebuk untuk mencuci buah pinggan abah.
Sedih ely sekeluarga mendengar kerana buah pinggan abah 1telah rosak teruk dan hanya 1yang dapat berfungsi.
Ya Allah, dugaan yang Engkau berikan amat kuat. 
kami umatmu akan tempuhi dengan redha.



Assalamualaikum

Assalamualaikum 
Salam sejahtera...

 Dah berhabuk dah blog SJJT ni, dah lama sangat tak update apa-apa entri kt blog SJJT ni.
Hampir 5 bulan kita menjejak kaki di tahun 2014 ini.
Sepanjang 4bulan di tahun 2014 ini sudah bermacam-macam perkara sedih, suka, duka, manis berlaku.
Apakah cerita seterusnya untuk tahun 2014 ini???
Drama yang lepas semoga menjadi iktibar yang berguna untuk kita semua.
Drama yang akan datang akan di tempuhi dengan redha.
"Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara!!!"