Get your own Digital Clock

Search my Blog

Monday, January 30, 2012

anak


p/s: *kehidupan ibu bertambah sempurna dgn kehadiran sara dlm hidup ibu..




1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Friday, January 27, 2012

lovely famili



Keluarga ku yang tercinta..
Papa + Ibu + Baby sarra
"Ya ALLAH... berkatilah kehidupan kami sekelurga.. Bahagiakan lah kehidupan kami sekeluarga.. Murahkanlah rezeki kami sekeluarga.."


ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة 


أعين واجعلنا للمتقين اماما


"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan
dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, 
dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi .... Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

Friday, January 13, 2012

sin chan menjawab soklan!!!




Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda. 
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

 
************************************


Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"? 
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

 
*************************************


Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!



*************************************

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas! 
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara? 
Kelas: Sin Chan Cikgu!


*************************************

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!


**************************************

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga.



**************************************

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."  



******************************************

Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. ! 
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah 


****************************************

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus


*****************************************

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia? 
Sin Chan: Tidak Cikgu, ianya adlah anjing yang sama!


******************************************


Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar? 
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!