Permulaan awal tahun 2014 yang amat menyedihkan buat SJJT (Ely) dan keluarga.
14 januari 2014 bersamaan 12 rabiulawal 1435.
Abah telah disyaki menghidapi penyakit buah pinggan,
Pagi hari berkenaan abah pergi ke klinik kesihatan pasir puteh untuk membuat pemeriksaan memandangkan keadaan diri abah yang kurang sihat.
Doktor memberi surat susulan untuk pergi ke Hospital Tengku Anis untuk mendapat rawatan selanjutnya.
Ya Allah, sedih dengar pangilan dr kak na (kakak yang ke-6) bahawa abah ditahan di wad Lelaki di HTA pasir puteh. Sebelum ini abah sihat, abah kuat ely x percaya yang abah sakit.
Sepanjang beberapa hari abah di hospital, kelihatan tubuh abah semakin lemah. Badan abah telah pucat kuning. Doktor telah sahkan bahawa abah telah menghidapi penyakit buah pinggan.
Tetapi ely sedih dengan tindakan HTA yang ambil tindakan sambil lewa.
Abah segera di hantar di HRPZii, tindakan pihak HRPZii amat cepat.
Doktor yang memeriksa abah memberi tindakan yang cepat, selepas abah di periksa dan abah di beri nasihat abah di kehendaki membuat hemodialisis (PD).
Perut abah perlu di tebuk untuk mencuci buah pinggan abah.
Sedih ely sekeluarga mendengar kerana buah pinggan abah 1telah rosak teruk dan hanya 1yang dapat berfungsi.
Ya Allah, dugaan yang Engkau berikan amat kuat.
kami umatmu akan tempuhi dengan redha.
No comments:
Post a Comment