Get your own Digital Clock

Search my Blog

Tuesday, March 22, 2011

Hargailah Kaum Hawa...

Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku

"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.
balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....

NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Best baca sampai abis!!!. It's true.

To share..Dari Ilham seorang lelaki...

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus
membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

"Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....."

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!!
Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

Kau Isteri Ku....

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu
sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin
one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya
memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.

Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.

Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA.

Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde katrumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!!

Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!!
So to all mums and wives out there... life will be meaningless without
You mothers)....uuwaaaaaaaa!! sayangi la kaum perempuan krn tanpa
Mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!
ibu & papa (loving couple)

Saturday, March 12, 2011

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan - Bulan ke Bulan

Apabila hamil, beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlakun. Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku.

Bulan Pertama:
Ketika ini, jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk. Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat (pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim). Bayi ketika ini panjangnya kira-kira ½ inci (½ cm).

Bulan Kedua:
Pada hujung minggu kelapan, lengan, kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk. Jantung bayi mula mengepam darah. Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).
Bulan Ketiga:
Menjelang bulan ketiga, kebanyakan wanita mula menampakkan tanda-tanda fizikal kehamilannya. Mulai bulan ini, bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya bertambah  jelas. Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk. Beratnya kira-kira 1 auns (28 gram)  dam panjangnya 3 inci (8 cm).
Bulan Keempat:
Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang bulan keempat, bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan. Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 gram).
Bulan Kelima:
Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pergerakannya lebih kuat dan mudah dirasa. Panjang bayi ini lebih daripada 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ½ paun (227 gram).
Bulan Keenam:
Perut anda semakin besar, manakala pergerakan bayi bertambah kuat. Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut. Panjangnya kira-kira 12 inci (30 cm) dan beratnya kira-kira 1½ paun (680 gram).
Bulan Ketujuh:
Mata bayi kadang-kala terbuka dalam beberapa waktu. Sekiranya ia dilahirkan dalam waktu ini, dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm).
Bulan Kelapan:
Tumbesaran bayi telah lengkap. Pergerakan atau "tendangannya" agak kuat dan dapat dilihat dari luar. Kulitnya tidak berkedut lagi. Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira 4 paun (1.8 kg) dan panjangya kira-kira 16½ inci (42 cm).
Bulan Kesembilan:
Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya. Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 hingga 3.2 kg) dan panjangya 20 inci (50 cm) atau lebih.

Sunday, March 6, 2011

gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis  yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas  mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau  pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian  gadis

tersebut sangat menjolok mata... 
Bajunya agak nipis dan seksi  hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari  pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.  Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai  pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan  ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu  berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum  lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan  dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.  "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci  syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal  berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat  menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak  cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada  orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil  hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di  neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah  tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah  dengan begitu biadab. 

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan  dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan  perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang  menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan  gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan  mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina  agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba  perhentian. 
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka  pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain  mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua  tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan  kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang  tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang  menggemparkan itu. 
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu  terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk  menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu  yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi  hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat  tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan  hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. 

Akhirnya mereka  memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi  menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah  sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu  Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan  pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali  kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw  dengan
mempersendakan atau ejekan. 

Kata kata seperti ajaran Islam tidak  sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan  buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan  menghina Allah, pencipta seluruh alam.... Ingatlah teman, kita boleh melupakan  kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja  yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.  Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka  itulah
orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda  enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan  Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah,  dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh  majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara  anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga  terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda  berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah  di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. 
Setiap Sultan ada taman  larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara  yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita  memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar  dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita. 
*Dipetik dari  majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM' Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia   - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan  solat subuh mu ....
Syaitan      - Alahhhhhh, kejaplah,  ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia  - Nak makan,  laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan  Bismillah....
Syaitan    - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!  mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia  - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat    - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan      - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak  kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah  wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..... 
Syaitan     - Ahhh?awal  lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia  - Azan sudah  kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan  kewajipan
Syaitan    - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi  nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat  - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat  dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok  nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa 
Malaikat - Wahai anak  Adam, cegahla ia..
Syaitan     - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi  kain orang, lantaklahh? .. 

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini  kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama  kamu..
Syaitan     - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa  susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat -  Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.  .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun  muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla) 

Manusia - Kalau  pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke  jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan     - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang  tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi  nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan  di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak  Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat  (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1...  Anda -  Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku..
2.  Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3.  Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam.  ... 

Kajian....ALLAH je mengetahui..... Assalamualaikum .......

Mesti korang terkejutkan..neway , just bace dulu n evaluate it later... Allah sahaja yang tahu kebenarannya.

[Bukti kebenaran Al-Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 
1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.] 

* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500
tahun.... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. 
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...

* b) Saintis telah menjumpai <span>sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi</span> yang menghala ke
bumi... Ia telah dianggarkan bahawa planet itu <span>akan melanggar bumi pada tahun 2014.</span> 
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... 
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... <span>Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..</span> 
Dan planet ini lebih besar daripada bumi... 
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... 
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan 
semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan  hidup selama 40 tahun 
dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... 
Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... 

* Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji... 
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan
bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... 
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... 
Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara
berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel
seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak
kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj
yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh
Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang
jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan
kesejahteraan untuk semua umat Islam. P/s : plz sebarkan msg nie kat semua kgkawan kite yg beragama Islam...

Wallahua'lam..