Get your own Digital Clock

Search my Blog

Monday, May 5, 2014

Hari Keluarga 2014




assalamualaikum...

1 mei adalah hari pekerja.
Di kesempatan ini, office Ely telah adakan hari keluarga di Tambun, Ipoh.
Hampir sebulan perancangan hari keluarga ini di buat.
Akhirnya Managing Director setuju untuk hari keluarga tahun ini.
wah.. seronok laa ely & rakan-rakan ada jugak hari keluarga tahun ini.
Homestay, BBQ/sarapan pagi, petrol kereta & semua semua laaa ely yang organize.
Semuanya di tanggung oleh syarikat, wah... betambah-tambah laa suka kami semua.

1 mei (Khamis)
semua rakan-rakan sekerja yang join famili day berkumpul di pusat servis kul 8pg.
tunggu semua sampai dalam kul 9 kite orang bertolak ke Tambun. 
dari kota bharu ke Tambun Ipoh, kito orang ikut jalan
rantau panjang - gerik - kuala kansar - lebuhraya utara selatan - Tambun.

berkumpul,bergambar bersama-sama sebelum bertolak.






















Doa sebelum memulakan perjalanan


sebelum memulakan perjalanan, bos kita orang menyampaikan hamper cenderamata untuk semua staff yang terlibat.
hamper makanan dari cosway tajaan WURTH. 
setelah semua cukup, perjalanan di teruskan.

13 buah kenderaan konvoi ke Tambun.

Sebanyak 13 kenderaan  berkonvoi ke Tambun.
antaranya toyota vios, nissan frontier,proton waja, proton wira 3biji, proton saga 2biji, honda city, produa myvi 3biji.
ely pinjam kereta proton waja abah.
so, bila berkonvoi ramai-ramai banyaklah perhentian dan bila berhenti lamalah pulak.
ely meneruskan perjalanan, berhenti di satu perhentian di Bukit Bunga Tanah Merah.
Jadi dalam 13 biji kenderaan yang berkonvoi tu ely yang tak berhenti.
Dalam pukul 2petang ely dah sampai di Taman Indah Tanjung Rambutan.
Dengan adanya GPS sampailah ely di tanjung rambutan dengan selamat.
Ely pergi check in 5 buah homestay terus.



Dah sampai.. check in.

 


Bisness card homestay yang ely menginap.
Rumah besar, 3bilik - 2bilik ada air cond.
3 bilik air. cukup lengkap dengan peti ais, dapur gas.
Rumah memang bersih.






Homestay dan BBQ semua ely uruskan dengan fieza.
Ely dapat no talifon fieza dari kawan ely, fieza yang uruskan semua. Kiranya ely pergi sana dengan sediakan duit sahaja. hihihihi...........
Kiraan pukul 5 petang semua rakan-rakan ely sampai.
Alahai ada jugak yang sesat tau, al maklum laaa pertama kali jejak kaki ke ipoh.
Alhamdulillah semua selamat sampai. 
Ely bagi kunci kat kawan-kawan ely, so boleh laa dia orang berehat-rehat.
Rumah yang BBQ tu ely bagi boss dan famili menginap.

8.30 malam, BBQ bermula..
wah... makanan siap di bakar dah..
ambik dan ngappp jew...

BBQ: ayam bakar,sosej bakar, coeslow

bakar dik, bakar 
malam tu  tak ely tak ada organize apa-apa aktiviti, cuma makan-makan jew.
wife bos ely bawak PA system untuk karaoke, so berkaraoke laa kite orang.







si ibu karoke
si anak karaoke jugak gan botol susu










malam tu yang paling seronok bos dan kak jah (wife bos) adakan aktiviti berebut kerusi,
seronok betul kaum lelaki main berebut kerusi.
pusing - pusing akhirnya di menangi oleh zamzuri dari JM SERVIS.
Tahniah zamzuri, bos bagi hadiah wang tunai RM100.


aktiviti berebut kerusi


Tahniah yie
seronok laa tu yie. tahniah yie, rezeki baby tu.
sambil makan-makan, bakar-bakar bos buat cabutan untuk cabutan bertuah.
semua hadiah cabutan bertuah di sponser oleh WURTH. Terima kasih WURTH.
grand prize untuk cabutan bertuah ni LED TV TOSHIBA 40inci.
2nd prize pulak kipas angin, sesuai sangat laa dengan keadaan yang panak-panas sekarang ni.
3rd prize pulak 8 kotak perfume bejenama bernilai rm300.
4th prize pulak 4 kotak air purifire berjenama cosway bernilai RM100.
nampaknya bukan rezeki ely untuk tahun ini, ely hanya dapat perfume.
Grand prize milik nadia, tahniah nadia.

1st prize milik nadia

abag awi dan ely organize untuk cabutan bertuah
kaum-kaum hawa ready di dapur, kupas bawang-bawang untuk masak keesokkan pagi.
selesai semua makan-makan, bakar-bakar.
kita orang semua berjalan masuk rumah masing-masing, dan ready untuk esok harinya.
Ready untuk tenaga esok..
wahhh bersemangat untuk keesokkan, tak sabar nak tunggu keesokkan.



No comments:

Post a Comment