Get your own Digital Clock

Search my Blog

Tuesday, June 24, 2014

Family Day "CHE MALIM & RAHIMAH" 2014


20 jun 2014 : Jumaat
Assalamualaikum,
Rasanya tidak terlewat lagi ely nak kongsi pengalaman kegembiraan pada hujung minggu lepas.
Hujung minggu lepas ( Jumaat & Sabtu  bg di Kelantan) keluarga ely telah merancang mengadakan hari keluarga secara suprise utk kedua ibu bapa kami.
Bagi menghargai jasa pengorbanan kedua orang tua kami.
Perancangan ini dibuat dalam masa 2 minggu jer...
Idea asal hari keluarga ini dari abang yang sulung dan kak ipar. Only brother in my family and only sis in law in my family. 
Kak ipar ely & abang sulung ely yang menaja smua penginapan utk hari keluarga ini.
Hari keluarga ini diadakan di Tanjung Demong Beach Resort.

Gemuknye Ely....


2minggu perancangan kami berbincang adik-beradik taknak hebohkan perkara ini kepada maa dan abah. Berbincang pun melalui talifon, group WeChat. 
Semuanya berjalan dengan sempurna, sebelum masuk check in di Demang Beach Resort tu kitorang berkelah di Pantai Bukit Keluang. 
Hah... Kiteorang sefamili berkelah sakan,siap BBQ lg. Tambahan siap main bola pantai lagi..
Seronok...

 Di Pantai Bukit Keluang

 Bola pantai bersama ahli keluarga...


Lepas kaum adam solat jumaat, kitorang check in masuk chalet..
Big brother & sis in law (kak ma) dah booked 7biji bilik untuk family kiteorang.
Semua di bawah perbelanjaan diorang..
Memang the best big brother & big sister!!!

 Big brother & sis in law - urusetia hari keluarga.

 Anak-anak buah yang nakal-nakal


Lepas siap mandi-mandi, solat zohor kiteorang teruskan program yang di rancang.
Acara sukaneka untuk kanak-kanak & pasangan masing-masing..
Opss...lupa nak selit tema untuk family day kali ini blue sea & red hot chilie. Cantik tak???
Baju tu ely yang tempah, tempah pun dengan tergesa-gesa nasib baik sempat siap.
Ely tempah baju tu di Kubang Kerian, Kota Bharu nama kedai tu Dcnee Resources.

 Bisness card Dicnee Resource
Kalau korang nak tempah apa-apa cenderamata atau cenderahati boleh try tempah kat sini, harga berpatutan. Dalam masa 1 hari jer siap baju yang ely tempah.

Cantik sangat kite orang sefamili pakai baju biru dan bertudung merah..
Semuanya di rancang, cuma untuk parents dan childrens kite orang ely tempah baju warna red hot chilie. Cantik kan!!!
 
 Maa & abah


Then, acara sukaneka diteruskan sehingga pukul 5 petang.
Serooonookkkkk....
Macam-macam gelagat.. 

 Acara berebut gula-gula

Lebih kurang pkul 5petang acara penyampaian hadiah & cabutan bertuah.
Ely dapat no 3 dalam cabutan bertuah, so kira bertuah jugak laa.
Hadiah yang ely dapat besen berisi junk food. Okey laa tu, dapat jugak kan!!
Hah!! Sal hadia semua ni adik ely yang sponser. Tenkiu Mok Dek.

Sebelum semua masuk bilik then pergi main air kolam kite orang bergambar kenangan dulu.....
Okey.... Senyum.... 1..2..3.... Snap!!!!

Keluarga besar Ely..
Hanya ketingalan 1 keluarga, kakak no 3 yang kini berada di Kuala Lumpur bersama suami dan 3 orang hero..

Kiteorang semua masuk bilik dan bersiap untuk ke kolam renang..
Untuk si kecil ely, ely dah sediakan pelampung itik dan swiming sut.. 
Apa lagi kite orang pun berenang,menyelam laa....
Sampai laa jam 7mlm, kite orang masuk bilik ready untuk solat maghrib then bersiap untuk dinner with big family. hahahahahaha.....
So sweet... Seronok sangat sebab jarang benar kite orang dapat berkumpul bersama ini pun masih ketinggalan 1 keluarga yang berada di Kuala Lumpur.


Tempat sini kite orang tak biasa sangat, kite orang pilih tempat yang terdekat sahaja.
Pilih punya pilih kite orang singgah kat Restaurant Anjung Bahtera..
3meja besar untuk famili ely.
Kite orang pesan ikan siakap 3 rasa untuk 3 pinggan, nasi untuk 30 orang makan, 6jug air tea o beng, tomyam campur untuk 3 meja,kailan ikan masin untuk 3 meja, ayam masak kunyit untuk. 3 meja dan telur dadar untuk 3 meja.
Hah!! Kat restaurant ni ely tak berapa puas hati. Makanan lambat sampai, kiteorang tunggu lebih dr 1jam baru makanan sampai. Sehinggakan kanak-kanak kecil tertidur tak sempat makan.
Makanan pun kurang memuaskan, semuanya tawar. Tawar-tawar pun semua habis sebab kelaparan.
Selesai jer dinner kiteorang balik ke bilik, berbual-bual dan tidur..
Teruskan program untuk ke esokkan harinya.

21 Jun 2014 : sabtu

Selesai solat subuh ely landing sekejap tubuh ely kat tilam empuk, menghayati udara sejuk pagi di tepi pantai... Uuuhhhhh......nyamannya..
Semua family ely berkumpul dan ready to breakfast..
Wah...semua dgn muka teruja tak sabar nak makan pagi.
Ely menjamah nasi kerabu tumis, en suami ely menjamah mee goreng, untuk sara si kecil ely roti bakar.
Gembira ely tengok ahli keluarga ely gembira.
Selepas breakfast kite orang pergi taman permainan kanak-kanak, berkumpul, berbual.



Macam-macam gelagat.. Hihihihi


Then for last time, kite orang terjun main air kolam..
Yea!!!... 
Main sampai puas, swiming..
10pagi masuk bilik, bersiap kemas-kemas untuk check out.
12.30tengahari kiteorang check out..
berkonvoi balik ke rumah abah dan ma di pasir puteh..
 Hari keluarga yang ringkas dengan penuh keseronokan.
Dengan adanya hari keluarga ini mengeratkan lagi silaturahim kami sekeluarga.
Ely sayang keluarga ely.



Friday, May 30, 2014

Ulang tahun perkahwinan ke 6- hotel pasifik KB

PaAssalamualaikum
29 mei 2014 genaplah 6thn usia perkahwinan ely dan pap sara. Mr.Fadhli.
Sepanjang 6tahun cinta kita berdua di alam rumahtangga ini bermacam-macam perkara yang berlaku.
Dugaan demi dugaan kami berdua harungi, cam kata P.ramlee  "sedangkan lidah lagi tergigit inikanpula suami isteri" hah.. Gitulah.
Bagi ely 6thn seperti sorang kanak-kanak yang baru pandai membaca, masih jauh lagi perjalanan hidup seorang kanak-kanak itu.masih banyak lagi dugaan & rintangan yang akan di lalui. Bimbingan seorang ibu&bapa di perlukan untuk membimbing kanak-kanak itu.begitulah seumpama rumahtangga ini, 6thn telah sy jejaki di alam rumah tangga ini brsama mr.hero sy. Semoga rumahtangga ini bahagia ke akhir hayat walaupun smua dlm serba sederhana. Hepy anniversary 6th year. I luv u till jannah papa.
 
Terima kasih papa, pada ulangtahun ke6  ini papa bawa ibu & sara belanja dinner di hotel pasifik kota bharu. Rasa cam romantik pulak.. Hihihi..
Sebesar ballroom tu hanya kami berdua jer, oppsss bertiga bersama my little angle sara.


Pada mulanya papa tak bagitau pun nak dinner kat mana, mintak ibu dan sara bersiap cantik-cantik jer. Tak sangka pulak papa nih pandai buat suprise.. Hihihi..

 Sayang kamu berdua.


Makan-makan-makan sampai kenyang..
5 pilihan lauk pilihan papa ; ayam kunyit,butter prawn,bawal 3rasa,sayaur campur,ommelette bsama juice apple. Fresh fruit sbg pencuci mulut.
Wow memang sedap & berpuas hati.
Ely memang ppuas hati sangat, layanan pun sgt terbaik.








Insyaallah jika kelebihan rezeki boleh ely datang lagi bersama keluarga..
Opps... Pakej dinner nih hanya utk tahun 2014 jer tau..








Wednesday, May 14, 2014

Cafe JIRAN Jln Bayam

Hai... Assalamualaikum,
Ely ni bukan rajin sangat nk meng"update" blog nih. 
Dekat kawasan perumahan ely nih ada kedai makan baru bukak, cam cafe gitu laaa.
Nama kedai pun Cafe Jiran.
Makanan ala-ala western gitu..
Encik somi ely laa yang bersungguh mengajak nak pergi CAFE JIRAN ni.
Kata en.somi ely, restaurant kedai ni adalah kedai milik adik beradik boss tempat en.somi ely kerja.
Then, tukang masak kat situ anak bos en.somi ely kerja. Hah!! Gitu laa..
So lebih kurang jam 8 setengah malam gitu, ely dan en.somi makan malam kt situ.
Parkir susah skit, so terpaksa parkir seberang jalan dan melintas jalan untuk ke Cafe Jiran.

     

Ely & en.somi memilih utk makan chicken chop.
Dan nugget ayam untuk sara.
Minuman pulak ely memilih chocolate shake, en.somi pulak vanilla shake.


 Wah.... Dah sampai pun order kite orang.

 Vanilla shake with sara


Apa lagi makanan dah terhidang so kite ngap laa...
Cafe Jiran ni baru saja di buka,lebih kurang dalam beberapa minggu.
Bagi citarasa ely chicken chop ni kurang rasa lagi, sos blackpaper pun terasa masin sgt.
Rasa tu tak balance, kurang rasa manis,kurang rasa masam tapi terlebih rasa masin.
Mybe cafe baru bukak kut..
Tapi chicken chop tu memang besar dan banyak isi.
Walaupun rasa yang kurang tapi habis sepinggan ely makan tau.. Hihihi..
Alhamdulillah kenyang untuk malam ini..
Terima Kasih Ya Allah ke atas rezeki yang engkau berikan.
Next time, InsyaAllah ely akan kunjungi lagi.
 


















Saturday, May 10, 2014

My daughter "Nur Faqihah Maisara"



http://www.youtube.com/watch?v=4b66F08KDoY&feature=youtu.be



my doter yang come lote.
semoga sara jadi anak yang solehah sayang.
ibu & papa sayang sara selamanya.

Apo Bondo Eh Ni? Episod 2



Berikut Jawapan penuh apo bondo eh ni?
 episod 2

  1. IBU JARI KAKI
  2. KITAR SEMULA
  3. PEPOHON CINTA
  4. PANDU LALU
  5. KALAU AKU KAYA
  6. KONVOKESYEN
  7. DIAM SERIBU BAHASA
  8. UBAT NYAMUK
  9. MAKANAN SEJUK BEKU
  10. MAJALAH TIGA
  11. KUNCI LORI
  12. MALAIKAT MAUT
  13. MAT JENIN
  14. LITAR PINTAS
  15. DORAEMON
  16. MUAT TURUN
  17. PISANG KAKI
  18. ZAINAL ABIDIN
  19. ANAK ANGKAT
  20. PERMATA HATI
  21. BINTANG BERKELIPAN
  22. CARTA LAGU
  23. EKUESTRIAN
  24. DUNIA JAM SEPULUH
  25. TAMPARAN WANITA
  26. TIKUS BAIKI LABU
  27. BERTEGUR SAPA
  28. INTAN PAYUNG
  29. TALIAN HAYAT
  30. WANG MUKA
  31. TIDUR MATI
  32. BINTANG KECIL
  33. HITAM LEGAM
  34. PESTA TANGLUNG
  35. AZHAR MANSOR
  36. MISAI KUCING
  37. HERBIVOR
  38. ILMU PELITA HIDUP
  39. MATA DUITAN
  40. SIRAP BANDUNG
  41. BULAN NAIK
  42. MAT KOOL
  43. MASTERCHEF MALAYSIA
  44. RAJIN
  45. TANGKAP BASAH
  46. KARYAWAN
  47. AYAM MADU
  48. PAYUNG TERJUN
  49. NOTA KAKI
  50. AYAM MASAK KICAP
  51. CETAK ROMPAK
  52. NELAYAN
  53. PECAH REKOD
  54. TUA CENDAWAN
  55. HARTA INTELEK
  56. HIDUNG BELANG
  57. PEPIJAT
  58. MAK ANDAM
  59. HALWA TELINGA
  60. PENCUCI MULUT
  61. MATA MATA
  62. KEPALA BATU
  63. SUTRADARA
  64. ROTI BOM
  65. SELALU BERTENGKAR
  66. KOPI KAPAL API
  67. BELANG TARUNG
  68. TELINGA KUALI
  69. BUDAK HINGUSAN
  70. BERTIH JAGUNG
  71. AISKRIM ROTI
  72. MALU MALU KUCING
  73. GERHANA SKA CINTA
  74. BUNYI GITAR
  75. BATU KARANG
  76. SETAHUN JAGUNG
  77. MAHSURI
  78. BUKIT NANAS
  79. SIARAN ULANGAN
  80. JALAN MATI
  81. AKUARIUM
  82. SENYUM MANIS
  83. KUIH BULAN
  84. BATU BERSURAT
  85. IRAMA MALAYSIA
  86. DUSUN BUAH
  87. SABUNG MENYABUNG
  88. KLIP VIDEO MUZIK
  89. TANDA TANYA
  90. MANDI KERBAU
  91. TUKAR HADIAH
  92. CARIAN PANTAS
  93. KAWAD KAKI
  94. SUSU KOTAK
  95. MELAKA
  96. SIMPUL MATI
  97. MATANG
  98. PINDAH RUMAH
  99. PEMBURU HARAM
  100. BENDERA PUTIH
  101. MINTA PERHATIAN
  102. BUAYA DARAT
  103. LAGU RASA SAYANG
  104. KUDA PADI
  105. PUTIH MELEPAK
  106. TONGKAT ALI
  107. HOSPITAL BAHAGIA
  108. NASI KUKUS
  109. MATA GANJARAN
  110. GENGGAM BARA API
  111. SENYUM KAMBING
  112. CAMERON HIGHLAND
  113. KEJATUHAN EKONOMI
  114. POS LAJU
  115. PESTA FLORA
  116. BUKU HUTANG
  117. PEKERJA KONTRAK
  118. MASA ITU EMAS
  119. KANTA LEKAP
  120. TALIAN FAKSIMILI
  121. HOT FM
  122. UPIN IPIN
  123. PIALA MONSUN
  124. RENANG BERIRAMA
  125. TILIK NASIB
  126. PENA MATA BULAT
  127. NOMBOR PLAT
  128. ROTI PINTAL
  129. IBU RATU HATIKU
  130. MATA AIR
  131. BUTA HATI
  132. JURUSOLEK
  133. NANGIS TAK BERLAGU
  134. SENIWATI
  135. OTAK UDANG
  136. HARI NATAL
  137. TENAGA NASIONAL
  138. CAKERA PADAT
  139. BSKL
  140. JURUKAMERA
  141. PETA DUNIA
  142. DILARANG MEROKOK
  143. TERANG BENDERANG
  144. AMBANK
  145. BEBOLA IKAN
  146. BATU API
  147. MENUSUK JIWA
  148. SOAL HATI
  149. DIGI
  150. DUIT PECAH
  151. RAKAN COP
  152. SEKAKI PAYUNG
  153. AMY MASTURA
  154. BOLING PADANG
  155. MENDUNG
  156. HARAP BALAS
  157. PENGUNDI HANTU
  158. PIJAK KEPALA
  159. TOUCH N GO
  160. MESEJ BERANTAI
  161. NASI JADI BUBUR
  162. MAT BUNGA
  163. GEJALA SOSIAL
  164. HARIMAU MALAYA
  165. PANGGILAN HANGIT
  166. JOHOR
  167. POLIGAMI
  168. LIDAH KELU
  169. SIPUT SEDUT
  170. BUNGA MANGGAR
  171. BERUANG KUTUB
  172. LIMAU MANDARIN
  173. MASAM MANIS
  174. UBAT KUAT
  175. LABU LABI
  176. TUNGGANG
  177. PEDAS
  178. NASI CAMPUR
  179. HADIAH MISTERI
  180. FLORA DAN FAUNA
  181. WARNA WARNI
  182. IKAN SALAI
  183. LAYAR MUTIARA
  184. TELEKOM MALAYSIA
  185. MASAM
  186. ARKITEK
  187. PLUSMILES
  188. HOSPITAL VETERINAR
  189. SEHATI BERDANSA
  190. BULAT HATI
  191. TIKUS MAKMAL
  192. MATA REDUP
  193. CAKERA LIUT
  194. PETI MEL SUARA
  195. MAJLIS PERASMIAN
  196. TELEFON BIMBIT
  197. KELUI
  198. POKOK SEMALU
  199. TAMAT SIARAN
  200. BULAN MADU

Apo Bondo Eh Ni?? Episod 1

Berikut Jawapan apo bondo eh ni?
episod 1
  1. SUKA HATI
  2. LUMBA LARI
  3. TERKEJUT BERUK
  4. TAHI BINTANG
  5. HABIB JEWELS
  6. JALAN JALAN CARI MAKAN
  7. MATI KATAK
  8. GARISAN PENAMAT
  9. PULAU PINANG
  10. AIS BATU CAMPUR
  11. TUKANG KAYU
  12. TERENGGANU
  13. SHEIKH MUSZAPHAR
  14. SENJA
  15. LOGAM
  16. MADU TIGA
  17. TAJAM
  18. IKAN BAKAR
  19. LAGENDA BUDAK SETAN
  20. BUAH TANGAN
  21. RIBUT PETIR
  22. CUCUK CUCUK
  23. TELUR MATA
  24. FILEM SERAM
  25. BASIKAL TUA
  26. PAHANG
  27. LUMBA HARAM
  28. MAYBANK
  29. DERMA DARAH
  30. MALAM PERTAMA
  31. PINTU SUKA HATI
  32. BELON UDARA PANAS
  33. SOTONG KERING
  34. SAMSENG
  35. TAHI CICAK
  36. KAKI JORAN
  37. PISANG GORENG
  38. TAKUT BINI
  39. SUP AYAM
  40. KEDAH
  41. MEKANIK
  42. CUKAI PINTU
  43. DO RE MI
  44. MAHATHIR MOHAMAD
  45. HARIMAU BINTANG
  46. ULAT BUKU
  47. PENING KEPALA
  48. TUKANG JAHIT
  49. CINTA MONYET
  50. POP POP
  51. TANDAS AWAM
  52. OMBAK RINDU
  53. BULAT
  54. SURAT CINTA
  55. JURURAWAT
  56. ASTRO ARENA
  57. FIKIRKAN BOLEH
  58. BULAN SABIT MERAH
  59. MATEMATIK
  60. KEK BUAH
  61. BELAH BAHAGI
  62. CINTA TIGA SEGI
  63. MAGGI SUP
  64. MAWAR BERDURI
  65. BEG KULIT
  66. KASSIM SELAMAT
  67. KAKI JUDI
  68. LE TOUR DE LANGKAWI
  69. KAYA RAYA
  70. GENTING HIGHLAND
  71. PANCING UNDI
  72. TIDUR SIANG
  73. MELODI
  74. KEMARAU
  75. JUARA LAGU
  76. CUCI KERETA
  77. POCKET ROCKET MAN
  78. CHIPSMORE
  79. BUANG MASA
  80. PIALA DUNIA
  81. LIDAH BERCABANG
  82. JIMAT AIR
  83. PEGAWAI POLIS
  84. ANAK BULAN
  85. JAM LOCENG
  86. LITAR SEPANG
  87. TAHUN BARU CINA
  88. LEMANG
  89. MAKAN HATI
  90. TEMBIKAI SUSU
  91. MATA KERANJANG
  92. KL SENTRAL
  93. AYAMAS
  94. NASI GORENG USA
  95. PANGGUNG WAYANG
  96. KAKI BANGKU
  97. BUKU LALI
  98. PROTON
  99. KONSERT
  100. ZOO
  101. KECEMASAN
  102. SAHABAT PENA
  103. WARGA EMAS
  104. ROTI KAYA
  105. BUKU LIMA
  106. BUTIK FESYEN
  107. ALI CAFE
  108. BUNGA KEBANGSAAN
  109. BELAKANG TABIR
  110. POLIS TRAFIK
  111. HAIWAN TERNAKAN
  112. NASI LEMAK TELUR
  113. TADIKA
  114. XX RAY
  115. SATU MALAYSIA
  116. SENYUM ITU SEDEKAH
  117. PINTU HATI
  118. MANDI BUNGA
  119. KASUT RODA
  120. TANDA TANGAN
  121. HANTU RAYA
  122. MATA DUITAN
  123. OMBAK RINDU
  124. BURGER BAKAR
  125. BAS SEKOLAH
  126. CAK CAK
  127. DAKI GUNUNG
  128. GOL DAN GINCU
  129. MATAWANG ASING
  130. SELAMAT JALAN

Friday, May 9, 2014

Part ii : Family Day 2014

sambungan FAMILY DAY 2014, Part ii

angin hari keluarga ada lagi nih............
tak habis lagi duk cerita sal hari keluarga.
okey..
pagi 2hb MEI 2014 - Jumaat
semua kaum hawa, para-para ibu berkumpul di satu homestay tempat penginapan bos untuk masak-memasak.
kita orang semua bergotong-royong masak-memasak.
hanya masak bihun goreng jerr.
selepas masak-memasak, makan-makan semua berkumpul dan bertolak ke LOST WORD OF TAMBUN.









sampai jer kat sana, bergambar dulu...........................
macam-macam posing kt depan LWOT.
antara gambar-gambar yang di snap

sebahagian dari keluarga yang turut serta

t-shirt famili day 2014
tapi yang kurang syok nya, anak perempuan ely tak nak main air.
so tak seronok laa ibunya bermain air..

sebelum masuk bukan main seronok lagi....

lepaskan tekanan kerja... yahuuuuuu!!

ala manja ibu ni...

nak bermanja jer sara

Hampir pukul 3petang ely sekeluarga kelaur dari taman tema,
hari dah nampak cam nak hujan. masih banyak lagi belum jelajah dalam LWOT ni.
Kiranya ely dan kawan-kawan berpecah disini, ely meneruskan percutian ini ke Cameron Hinglands.
Dr LWOT ke CH memakan masa 1jam lebih jer.
Insyaallah, lain kali akan ely jejaki lagi LWOT.

antara gambar kawan-kawan



ASSALAMUALAIKUM.

bye... :'(







Monday, May 5, 2014

Hari Keluarga 2014




assalamualaikum...

1 mei adalah hari pekerja.
Di kesempatan ini, office Ely telah adakan hari keluarga di Tambun, Ipoh.
Hampir sebulan perancangan hari keluarga ini di buat.
Akhirnya Managing Director setuju untuk hari keluarga tahun ini.
wah.. seronok laa ely & rakan-rakan ada jugak hari keluarga tahun ini.
Homestay, BBQ/sarapan pagi, petrol kereta & semua semua laaa ely yang organize.
Semuanya di tanggung oleh syarikat, wah... betambah-tambah laa suka kami semua.

1 mei (Khamis)
semua rakan-rakan sekerja yang join famili day berkumpul di pusat servis kul 8pg.
tunggu semua sampai dalam kul 9 kite orang bertolak ke Tambun. 
dari kota bharu ke Tambun Ipoh, kito orang ikut jalan
rantau panjang - gerik - kuala kansar - lebuhraya utara selatan - Tambun.

berkumpul,bergambar bersama-sama sebelum bertolak.






















Doa sebelum memulakan perjalanan


sebelum memulakan perjalanan, bos kita orang menyampaikan hamper cenderamata untuk semua staff yang terlibat.
hamper makanan dari cosway tajaan WURTH. 
setelah semua cukup, perjalanan di teruskan.

13 buah kenderaan konvoi ke Tambun.

Sebanyak 13 kenderaan  berkonvoi ke Tambun.
antaranya toyota vios, nissan frontier,proton waja, proton wira 3biji, proton saga 2biji, honda city, produa myvi 3biji.
ely pinjam kereta proton waja abah.
so, bila berkonvoi ramai-ramai banyaklah perhentian dan bila berhenti lamalah pulak.
ely meneruskan perjalanan, berhenti di satu perhentian di Bukit Bunga Tanah Merah.
Jadi dalam 13 biji kenderaan yang berkonvoi tu ely yang tak berhenti.
Dalam pukul 2petang ely dah sampai di Taman Indah Tanjung Rambutan.
Dengan adanya GPS sampailah ely di tanjung rambutan dengan selamat.
Ely pergi check in 5 buah homestay terus.



Dah sampai.. check in.

 


Bisness card homestay yang ely menginap.
Rumah besar, 3bilik - 2bilik ada air cond.
3 bilik air. cukup lengkap dengan peti ais, dapur gas.
Rumah memang bersih.






Homestay dan BBQ semua ely uruskan dengan fieza.
Ely dapat no talifon fieza dari kawan ely, fieza yang uruskan semua. Kiranya ely pergi sana dengan sediakan duit sahaja. hihihihi...........
Kiraan pukul 5 petang semua rakan-rakan ely sampai.
Alahai ada jugak yang sesat tau, al maklum laaa pertama kali jejak kaki ke ipoh.
Alhamdulillah semua selamat sampai. 
Ely bagi kunci kat kawan-kawan ely, so boleh laa dia orang berehat-rehat.
Rumah yang BBQ tu ely bagi boss dan famili menginap.

8.30 malam, BBQ bermula..
wah... makanan siap di bakar dah..
ambik dan ngappp jew...

BBQ: ayam bakar,sosej bakar, coeslow

bakar dik, bakar 
malam tu  tak ely tak ada organize apa-apa aktiviti, cuma makan-makan jew.
wife bos ely bawak PA system untuk karaoke, so berkaraoke laa kite orang.







si ibu karoke
si anak karaoke jugak gan botol susu










malam tu yang paling seronok bos dan kak jah (wife bos) adakan aktiviti berebut kerusi,
seronok betul kaum lelaki main berebut kerusi.
pusing - pusing akhirnya di menangi oleh zamzuri dari JM SERVIS.
Tahniah zamzuri, bos bagi hadiah wang tunai RM100.


aktiviti berebut kerusi


Tahniah yie
seronok laa tu yie. tahniah yie, rezeki baby tu.
sambil makan-makan, bakar-bakar bos buat cabutan untuk cabutan bertuah.
semua hadiah cabutan bertuah di sponser oleh WURTH. Terima kasih WURTH.
grand prize untuk cabutan bertuah ni LED TV TOSHIBA 40inci.
2nd prize pulak kipas angin, sesuai sangat laa dengan keadaan yang panak-panas sekarang ni.
3rd prize pulak 8 kotak perfume bejenama bernilai rm300.
4th prize pulak 4 kotak air purifire berjenama cosway bernilai RM100.
nampaknya bukan rezeki ely untuk tahun ini, ely hanya dapat perfume.
Grand prize milik nadia, tahniah nadia.

1st prize milik nadia

abag awi dan ely organize untuk cabutan bertuah
kaum-kaum hawa ready di dapur, kupas bawang-bawang untuk masak keesokkan pagi.
selesai semua makan-makan, bakar-bakar.
kita orang semua berjalan masuk rumah masing-masing, dan ready untuk esok harinya.
Ready untuk tenaga esok..
wahhh bersemangat untuk keesokkan, tak sabar nak tunggu keesokkan.